Friday, September 3, 2010

Kajian Kuantitatif 1

SUMBER
Mukaddes Erdem (2009) Effects of Learning Style Profile of Team on Quality of Materials Developed inCollaborative Learning Processes. Journal of Active Learning in Higher Education 10(2): 154-171

TAJUK
Effects of Learning Style Profile of Team on Quality of Materials Developed in Collaborative Learning Processes

PENGENALAN
Jenis gaya pembelajaran yang digunakan dalam kajian ini ialah:
i) converger
ii) diverger
iii) assimilator
iv) accommodator

TUJUAN KAJIAN
Melihat kesan profil gaya belajar satu pasukan/kumpulan ke atas kualiti bahan yang dibangunkan dalam proses pembelajaran secara kolaboratif

KAEDAH KAJIAN
Responden :
-21 orang pelajar tahun 3 universiti Hacettepe yang mengikuti kursus "Instructional    Technology and Material Development" di Fakulti Pendidikan, Jabatan Komputer dan    Teknologi
-membentuk 5 kumpulan kolaboratif yang mengikut keutamaan gaya belajar

PENGUMPULAN DATA
Alat Pengumpulan Data :
i) Gaya belajar setiap kumpulan ditentukan menggunakan inventori gaya belajar yang    dibangunkan oleh KOLB (1985) dan diadaptasi ke dalam bahasa Turki oleh Askar & Akkoyunlu (1993)
ii) Manual bahan bercetak yang dibangunkan oleh setiiap pasukan/kumpulan kolaboratif dinilai menggunakan skala penilaian yang mengandungi 36 pernyataan yang dikelaskan ke dalam 4 subkonstruk (Content sufficiency, Scientific sufficiency, organization, orginality)

ANALISIS DATA
i) Data dikumpulkan oleh 4 orang pakar ahli akademik.
ii) Skor manual bahan yang dibangunkan oleh setiap kumpulan/pasukan dianalisis menggunakan Ujian-H Kruskal-Wallis - untuk mendapatkan jarak kualiti bahan bercetak yang dihasilkan semasa  proseskolaboratif dalam kumpulan
iii) Setelah itu, setiap kumpulan/pasukan dinilai menggunakan subkategori dalam Ujian U Mann-Whitney- untuk menguji perbezaan dalam urutan data

 DAPATAN
i) Dari analisis yang dijalankan didapati bahawa terdapat perbezaan secara signifikan antara pasukan/kumpulan dengan kecukupan kandungan dan prinsip aturan manual bahan bercetak yang dibangunkan

ii) Didapati juga profil gaya belajar setiap kumpulan/pasukanberbeza yang mana terdapat sekurang- kurangnya 2 pelajar dengan gaya belajar yang berbeza

 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
-Kajian ini mendapati bahawa interaksi antara gaya belajar assimilator-diverger-converger mungkin gaya belajar yang baik untuk mencapai subkonstruk Content Sufficiency (kecukupan kandungan).

-Manakala interaksi gaya belajar antara diverger-assimilator mungkin gaya belajar yang sesuai untuk mencapai subkonstruk Organizing Content ke dalam format yang berbeza.
-Interaksi gaya belajar antara converger-assimilator pula sesuai memasukkan unsur visual dan taktual ke dalam bahan dan mempersembahkannya.
-Hasil dapatan kajian juga mencadangkan agar tugas yang diberikan/diperlukan oleh setiap kumpulan mengambil kira gaya belajar mereka.

No comments:

Post a Comment