| PERKARA | ARTIKEL 1 | ARTIKEL 2 |
| TAJUK | Mengadaptasikan Gaya Pembelajaran Pelajar ESL: Satu Kajian Kes Pelajar Tahun Satu di UKM | Professional education, development and training in a Web 2.0 environment A case study of the UK |
| SUMBER | Rosniah Mustaffa. 2007. Mengadaptasikan Gaya Pembelajaran Pelajar ESL: Satu Kajian Kes Pelajar Tahun Satu di UKM. GEMA Online Journal of Language Studies. Volume 7(1) | Judith Broady-Preston. 2009. Professional education, development and training in a Web 2.0 environment A case study of the UK. New Library World, Vol. 110: pp 265-279 |
| JENIS REKA BENTUK KAJIAN | Kajian kes | Kajian kes |
| PENGENALAN | -Agak sukar bagi para guru untuk menyesuaikan pengajaran mereka dengan gaya belajar pelajar yang pelbagai dan para pelajar terpaksa menyesuaikan gaya belajar mereka dengan gaya pengajaran guru mereka. -Kebanyakan pengajaran diberi dalam bentuk kuliah dan perbincangan yang berbentuk audio dan ini member kelebihan kepada pelajar yang mempunyai gaya belajar audio tetapi tidak pada yang lain. | |
| TUJUAN & OBJEKTIF | -Untuk mengetahui keutamaan gaya pembelajaran major dan minor pelajar-pelajar kurang cekap tahun pertama Sarjana muda Sastera dalam bidang pengajian Bahasa Inggeris (B.A ELS) di Universiti Kebangsaan Malaysia - Untuk mengetahui sama ada empat orang pelajar fokal terpilih, boleh menyesuaikan gaya pembelajaran mereka dengan gaya lain yang bukan merupakan gaya keutamaan mereka, iaitu gaya auditori dan visual dan bekerja secara sendirian dalam kajian kes yang memakan masa selama lapan bulan | -Untuk meninjau konsep pembelajaran professional, pembangunan dan latihan dalam konteks pertukaran maklumat dan pengetahuan |
| RESPONDEN | - Kajian ini melibatkan sekumpulan pelajar kurang cekap tahun pertama Sarjana muda Sastera dalam pengajian Bahasa Inggeris (B.A ELS) di Universiti Kebangsaan Malaysia yang mendapat keputusan kurang memuaskan dalam peperiksaan kecekapan Bahasa Inggeris yang perlu diambil sebelum memasuki program berkenaan - Pelajar yang di kategorikan kurang cekap ini berada pada tahap 3 yang bermaksud mereka adalah sederhana dari segi penguasaan Bahasa Inggeris tetapi masih terdapat banyak kesilapan dalam penggunaan bahasa yang amat ketara dalam penulisan dan pembacaan mereka - Dalam kumpulan asal ini terdapat 16 pelajar dan untuk kumpulan fokus, hanya 4 pelajar yang dipilh untuk dianalisa data mereka. Kriteria pemilihan empat pelajar ini adalah pelajar mesti mempunyai salah satu kombinasi gaya pembelajaran berikut: a) kinaestetik danbekerja dalam kumpulan, b) taktil dan bekerja dalam kumpulan, c) auditori atau visual d) kesemua kombinasi gaya pembelajaran. | |
| PENGUMPULAN DATA | -Bagi tujuan kajian, soal selidik (Perceptual Lerning Style Preference)PLSP, penulisan jurnal, temu-bual dan pemerhatian digunakan untuk mengumpul data -Soal selidik PLSP dianalisis menggunakan cara kuantitatif yang ringkas sementara data lain yang didapati daripada sumber lain dianalisis secara kualitatif | |
| DAPATAN KAJIAN | -Dapatan data dari keputusan PLSP menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar pengajian Bahasa Inggeris yang lemah dalam kajian ini mempunyai pelbagai gaya pembelajaran, dan sekurang kurangnya kinaestetik atau taktil sebagai keutamaan gaya pembelajaran utama mereka. -Mereka juga mempunyai sekurang-kurangnya auditori atau visual sebagai keutamaan gaya pembelajaran minor mereka. -Kebanyakan pelajar telah memilih bekerja dalam kumpulan sebagai gaya pembelajaran sosiologi major mereka - Kesemua empat buah kajian kes, (dari 4 orang pelajar yang dipilih untuk tujuan kajian) mengalami masalah apabilamereka ditugaskan mendengar petikan tanpa melihatnya dalam bentuk tulisan kerana mereka tidak biasa dengan tugasan sebegitu sebab mereka tidak banyak terdedah kepada teknik pengajaran auditori di sekolah - Kesemua kajian kes mempunyai cara belajar yang serupa. Pada asasnya, mereka belajar dengan membaca, mengambil nota dan menggaris bawah atau menanda perkara perkara utama - Kesemua mengatakan bantuan visual seperti melukis anak panah telah membantu mereka memahami nota kerana mereka mendapati lebih mudah memahami bahan bacaan yang dilukis anak panah serta mereka mampu memahami maklumat diberi tanpa penjelasan - Keempat orang pelajar terlibat memerlukan pembelajaran dan pengajaran jenis multideria kerana mereka tidak kuat dalam satu gaya pembelajaran sahaja. Mereka merasa kecewa sekiranya guru membetulkan kerja mereka secara lisan atau visual sahaja | |
| PERBINCANGAN | - Vann (1998) menyatakan pemerhatian ini dengan mengatakan kita perlu memberi pilihan dari segi strategi dan menghormati hak pelajar untuk melawan perubahan. - Claxton dan Murrell (1987) menyatakan ciri personaliti dan kekuatan untuk memproses maklumat dikatakan sebagai komponen gaya pembelajaran seseorang yang paling stabil dan ianya juga adalah yang paling sedikit berkemungkinan untuk merubah walaupun guru cuba mempengaruhi. Kerana itulah dapatan kajian ini mendapati amat sukar bagi pelajar untuk membuat perubahan dalam gaya pembelajaran mereka. | |
Penyelidikan Pendidikan Komputer
Saturday, October 2, 2010
KAJIAN KUALITATIF
KAJIAN TINDAKAN
| PERKARA | ARTIKEL 1 | ||||||||||||||||||||
| TAJUK | Emerging Web Technologies in Higher Education: A Case of Incorporating Blogs, Podcasts and Social Bookmarks in a Web Programming Course based on Students’ Learning Styles and Technology Preferences | ||||||||||||||||||||
| SUMBER | Saeed, N., Yang, Y., & Sinnappan, S. 2009. Emerging Web Technologies in Higher Education: A Case of Incorporating Blogs, Podcasts and Social Bookmarks in a Web Programming Course based on Students' Learning Styles and Technology Preferences. Educational Technology & Society, 12 (4): 98–109 | ||||||||||||||||||||
| JENIS REKA BENTUK KAJIAN | | ||||||||||||||||||||
| PENGENALAN | -Dengan kemunculan aplikasi dan kemudahan berasaskan web telah membuatkan web menjadi medium penting dalam pembelajaran (Siau, Nah & Teng, 2002) -Namun, halangan terbesar dalam mempraktikkan pengajaran berasaskan web ialah kekurangan pemahaman mengenai ciri-ciri dan karakter pelajar (Yang & Tsai, 2008) -Oleh itu, gaya belajar pelajar dan kecenderungan teknologi yang digunakan hendaklah diambil kira dalam memastikan kesan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran berkesan -Maka amat penting untuk mengkaji kecenderungan gaya belajar para pelajar | ||||||||||||||||||||
| TUJUAN & OBJEKTIF | 1. Untuk mengutip data kecenderungan gaya belajar dan kecenderungan teknologi dalam emerge teknologi web dalam pengajaran dan pembelajaran 2.Untuk mengeksperimen gabungan teknologi web berdasarkan gaya belajar pelajar dan kecenderungan teknologi 3. Untuk menganalisis kesan eksperiman ke atas prestasi akademik pelajar 4. Untuk mengenalpasti kebaikan dan kelemahan kajian | ||||||||||||||||||||
| RESPONDEN | -204 orang pelajar dalam jurusan Web Programming | ||||||||||||||||||||
| PENGUMPULAN DATA | | ||||||||||||||||||||
| DAPATAN KAJIAN | -Bagi dapatan gaya belajar, data menunjukkan majoriti responden mempunyai gaya belajar yang lebih kurang sama (Active-Reflective, Sensing- Intuitive, Sequential-Global) tetapi gaya belajar Visual-Verbal menunjukkan gaya belajar yang minority/dominan -Bagi dapatan hubungan antara gaya belajar menunjukkan terdapat korelasi antara gaya belajar Reflective dengan Verbal dan korelasi antara gaya belajar Intuitive dengan Global -Bagi dapatan hubungan antara kecenderungan teknologi pula menunjukkan kecenderungan pembelajaran berkait rapat dengan kepelbagaian teknologi (responden cenderung menggunakan pelbagai jenis teknologi dalam rutin belajar mereka dan tidak hanya bergantung pada alat-alat belajar tertentu sahaja) -Bagi dapatan hubungan gaya belajar dengan kecenderungan teknologi menunjukkan :
| ||||||||||||||||||||
| PERBINCANGAN | -Dari dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa para pelajar pada masa kini telah bersedia untuk merasai pengalaman menggunakan teknologi baru dalam rutin pembelajaran mereka dan bersedia untuk berkomunikasi menggunakan pelbagai saluran komunikasi yang sedia ada |
KAJIAN GABUNGAN
| PERKARA | ARTIKEL 1 |
| TAJUK | Accommodating Individual Differences in the Design of Online Learning Environments: A Comparative Study |
| SUMBER | Mahnaz Moallem. 2007. Accommodating Individual Differences in the Design of Online Learning Environments: A Comparative Study. Journal of Research on Technology in Education , 40(2), 217–245 |
| JENIS REKA BENTUK KAJIAN | Kajian gabungan (kualitatif dan kuantitatif) |
| PENGENALAN | -Konsep kepelbagaian individu mempunyai cabaran kepada pengajar kerana kebanyakan kajian menunjukkan kualiti bahan pengajaran yang bermutu tinggi sekiranya mengambil kira kepelbagaian gaya belajar para pelajar -Pengkaji mencadangkan agar gaya belajar pelajar disesuaikan dengan gaya pengajaran guru tetapi terdapat pengkaji seperti Jonassen (1988), Rector & Henderson, 1970). Rector and Henderson (1970) yang bersetuju supaya gaya belajar disesuaikan dengan gaya pengajaran |
| TUJUAN & OBJEKTIF | -Untuk mengenal pasti: i) bagaimana dan cara gaya belajar pelajar yang boleh disesuaikan dengan kaedah pengajaran ii)apakah kesan gaya belajar terhadap pembelajaran dan kepuasan hati |
| RESPONDEN | -14 orang pelajar siswazah (10 orang perempuan dan 4 orang lelaki) |
| PENGUMPULAN DATA | -Maklumat demografi dan latar belakang pengetahuan pelajar -Tinjauan dilakukan untuk mendapatkan persepsi pelajar tentang bahan dan strategi yang digunakan oleh pensyarah untuk menyampaikan pengetahuan. -Pendekatan kualitatif dan kuantitatif digunakan untuk menganalisis data -Pertimbangan holistic digunakan untuk penskoran blog pelajar, penyertaan perbincangan dalam ruang bincang, dan penskoran rubric bagi produk kumpulan -Penskoran pelajar untuk setiap hasil pembelajaran ditabulasi dan dianalisis menggunakan statistic deskriptif -Ujian-t sampel berpasangan digunakan untuk membandingkan kaedah pengajaran tradisional dengan reka bentuk reka bentuk eksperimen |
| DAPATAN KAJIAN | -Analisis autobiografi menunjukkan 43% responden mempunyai pengalaman 2-10 tahun pengalaman mengajar, 50% 4-10 tahun pengalaman bekerja dalam pendidikan kesihatan(14%), pentadbiran dan jualan dalam bisnes dan industry (21%), dan latihan computer dan media (21%) -1 orang pelajar tidak mempunyai pengalaman bekerja -100% pelajar aktif mempunyai gaya belajar visual -Tidak terdapat korelasi antara kategori gaya belajar dan bilangan pelajar dan jenis pengalaman bekerja sebelum ini |
| PERBINCANGAN | |
Kajian Kualitatif
Tajuk : Using Web 2.0 to Support the Active Learning Experience
Sumber : J. Williams & S.J. Chinn. 2009. Using Web 2.0 to Support the Active Learning Experience. Journal of Information Systems Education, Vol. 20 (2)
Pengajaran dalam kelas secara tradisional menghadapi masalah dalam memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai. Saya bersetuju dengan kenyataan pengkaji kerana kepelbagaian pelajar bukan sahaja dari segi gaya belajar yang pelbagai, namun cara dan kaedah mereka memproses maklumat yang diberi juga pelbagai. Tujuan kajian ini ialah untuk mengatasi cabaran ini melalui pembangunan dan pelaksanaan pengalaman pembelajaran secara aktif yang meningkatkan literasi maklumat teknologi pelajar perniagaan melalui penggunaan web 2.0. Saya merasakan tujuan kajian yang dijalankan sangat membantu guru-guru dalam merangka pedagogi pengajaran mereka namun tujuan kajian ini tidak disokong dengan objektif kajian yang jelas. Kajian ini juga diperkuatkan dengan literatur yang jelas yang mana menjelaskan tentang pembelajaran secara aktif. Pengkaji menyatakan ciri-ciri umum yang berkaitan dengan pembelajaran aktif termasuk dalam penggunaan pemikiran aras tinggi dan melibatkan penglibatan pelajar dalam kegiatan yang mendorong eksplorasi dan penilaian penglibatan mereka. Penekanan pada pembangunan kemahiran dan penggunaan maklum balas wujud bagi menggantikan pembelajaran yang berkaitan dengan penghantaran maklumat.
Dalam kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes bagi menganalisis secara mendalam berkenaan projek pembangunan dan pelaksanaan serta reka bentuk bagi mewujudkan kefahaman yang luas mengenai penggunaan web 2.0 dalam menyokong pembelajaran aktif. Pengkaji turut menjelaskan tentang pemilihan subjek kajian mereka yang melibatkan seramai lebih kurang 10, 000 pelajar termasuk 800 orang pelajar dari Fakulti Perniagaan. Pada pandangan saya pemilihan subjek kajian yang ramai ini dapat mengukuhkan lagi dapatan kajian kerana dari responden yang ramai dapat melihat pelbagai faktor-faktor pengaruh dalam kajian ini. Pengkaji juga menjelaskan tentang alat ukuran yang digunakan dalam kajian ini.
Tujuan kajian ini dapat meningkatkan penglibatan pelajar sebagai pelajar aktif untuk meningkatkantahap literasi dalam penggunaan web 2.0. Penilaian inidividu dan pasukan dalam kajian ini menunjukkan kedua-dua tujuan penilaian dapat dipenuhi.
ULASAN BUKU
Tajuk : Designing and Conducting Mixed Methods Research
Pengarang : John W. Creswell & Vicki L. Plano Clark
Tahun : 2007
Kandungan : Buku keluaran SAGE Publications mengandungi 275 muka surat.
i) Buku ini berkaitan tentang kajian gabungan antara kajian jenis Kunatitatif dan kajian jenis Kualitatif yang mana digabungkan penggunaannya dalam satu kajian yang sama.
ii) Buku ini bertujuan untuk memperkenalkan pada kajian kaedah gabungan, membincangkan tentang langkah-langkah yang terlibat dalam merangka dan menjalankan kajian menggunakan kaedah gabungan , dan fokus pada 4 jenis reka bentuk kajian kaedah gabungan.
iii) Target pembaca buku ini ialah pelajar siswazah da para penyelidik dari pelbagai disiplin/bidang.
iv) Terdapat 10 Bab dalam buku ini iaitu :
BAB 1- Understanding Mixed Methods Research
BAB 2- Examining Preliminary Considerations
BAB 3- Locating and Reviewing Mixed Methods Studies
BAB 4- Choosing a Mixed Methods Design
BAB 5- Introducing a Mixed Methods Study
BAB 6- Collecting Data in Mixed Methods Research
BAB 7- Analyzing Data in Mixed Methods Research
BAB 8- Writing and Evaluating Mixed Methods Research
BAB 9- Questions Often Raised About Mixed Methods Research
BAB 10- Future Directions for Mixed Methods Research
BAB 1- Understanding Mixed Methods Research
BAB 2- Examining Preliminary Considerations
BAB 3- Locating and Reviewing Mixed Methods Studies
BAB 4- Choosing a Mixed Methods Design
BAB 5- Introducing a Mixed Methods Study
BAB 6- Collecting Data in Mixed Methods Research
BAB 7- Analyzing Data in Mixed Methods Research
BAB 8- Writing and Evaluating Mixed Methods Research
BAB 9- Questions Often Raised About Mixed Methods Research
BAB 10- Future Directions for Mixed Methods Research
Ulasan Bab 1- Understanding Mixed Methods Research
- Kajian kaedah gabungan ialah reka bentuk kajian yang mempunyai kaedah dan metodologi yang tersendiri.
- Dalam metodologi kaedah gabungan melibatkan pengumpulan, analisis, dan proses gabungan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dalam kebanyakan fasa kajian dari permulaan hingga ke kesimpulan
- Dalam kaedah pula tertumpu pada pengumpulan, analisis, dan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif dalam kajian tunggal atau kajian bersiri
- Kaedah gabungan membantu para pengkaji dalam menjawab persoalan kajian yang tidak dapat diselesaikan dengan pendekatan kuantitatif atau kualitatif secara sendirian
- Kaedah gabungan berkembang dalam 4 fasa iaitu fasa formatif, debat paradigm, tempoh prosedur, dan kemunculan minat dan perhatian yang baru
- Pengkaji yang ingin menggunakan kaedah kajian gabungan hendaklah mengambil kira pandangan atau falsafah yang mendasari kajian keadha gabungan mereka
- Terdapat 3 perkara utama yang perlu didahulukan dalam kaedah kajian gabungan iaitu:
a) Terdapat pandangan yang baik dalam mengaplikasikan kaedah gabungan dalam kajian yang ingin dijalankan
b) Pengkaji dapat mengumpulkan sebanyak mungkin pandangan mengenai kaedah gabungan, dan
c) Pandangan-pandangan tersebut dan jenis reka bentuk kaedah gabungan berkait rapat
- Pengkaji hendaklah membuat rujukan asas mengenai pendekatan kualitatif dan kuantitatif
- Seterusnya pengkaji hendaklah mengambil kira sama ada permasalahan kajian sesuai dengan pendekatan kaedah gabungan atau pun tidak
- Kaedah gabunagn boleh didapati dalam literature dan dikenal pasti dalam definisi kajian kaedah gabungan
- Kaedah gabungan mempunyai cirri-ciri yang tersendiri antaranya ialah pada tajuk kajian, tujuan kajian, mengenal pasti kaedah pengumpulan data bagi pendekatan kualitatif dan kuantitatif, prosedur analisis data, dan mengenal pasti bagaimana 2 pendekatan ini digabungkan
- Kesukaran dalam kaedah gabungan boleh dipermudahkan dengan membuat system notasi dan gambar rajah yang dilukis menggunakan langkah sistematik
Ulasan Bab 4- Choosing a Mixed Methods Design
- Terdapat 4 jenis reka bentuk kaedah gabungan iaitu:
a) Triangulasi
b) Embedded
c) Explanatory-jelas
d) Exploratory
| Jenis Reka Bentuk | Variasi | Pemilihan masa | Pemberatan | Gabungan | Notasi |
| Triangulasi | -Convergence -Pertukaran data -Mengesahkan data kuantitatif -Multilevel | -Gabungan; kualitatif dan kuantitatif pada waktu yang sama | -Selalunya sama | -Menggabungkan data semasa analisis | -QUAN + QUAL |
| Embedded | -Eksperimen Embedded -Korelasi Embedded | -Gabungan atau berturut-turut | -Tidak sama | -Memasukkan satu jenis data di antara reka bentuk yang besar menggunakan data jenis yang lain | -QUAN(qual) Or QUAL(quan) |
| Explanatory | -Penjelasan lanjut -Penyertaan terpilih | -Berturut-turut: Kuantitatif diikuti oleh kualitatif | -Kuantitatif | -Menghubungkan data di antara2 fasa | |
| Exploratory | -Pembangunan instrument -Pembangunan Taxonomy | Berturut-turut: kualitatif diikuti oleh kuantitatif | Kualitatif | -Menghubungkan data di antara 2 fasa | |
Ulasan Bab 5-Introducing a Mixed Methods Study
- - Kaedah gabungan dimulakan dengan tajuk yang terdapat perkataan mixed methods kaedah gabungan (bergantung pada pemberatan samada kuantitatif/kualitatif/sama berat)
- - Pengkaji haruslah memulakan kajian gabungan dengan topik/tajuk kajian, permasalahan kajian, tinjauan literatur, kekurangan/jurang , persoalan kajian dan hipotesis dapat menjelaskan tujuan kajian
Ulasan Bab 6- Collecting Data in Mixed Methods Research
- -Pengumpulan data kuantitatif dan kualitatifmelibatkan proses persampelan, kebenaran dari pihak berwajib, pemilihan jenis data, memilih bentuk/kaedah untuk memasukkan data, dan mentadbir pengumpulan data
- -Dalam reka bentuk concurrent (Embedded, Triangulasi), data kualitatif dan kuantitatif dikutip pada masa yang sama tetapi tidak bergantung pada satu sama lain
- -Dalam pengumpulan data secara berturut-turut (Explanatory, Exploratory, Embedded), 2 jenis data (kualitatif dan kuantitatif atau sebaliknya)
Ulasan Bab 7-Analyzing Data in Mixed Methods Research
-
-Turutan bagi reka bentuk Embedded dan Explanatory:
| Langkah 1-Asingkan data analisis QUAN |
| Langkah 2-Kenalpasti keputusan QUAN yang ingin digunakan |
| Langkah 3-Aplikasi keputusan QUAN yang telah dipilih untuk fasa qual |
- -Turutan bagi reka bentuk Embedded dan Exploratory:
| Langkah 1-Asingkan analisis data QUAL |
| Langkah 2-Kenal pasti keputusan QUAL yang ingin digunakan |
| Langkah 3-Aplikasi keputusan QUAL yang dipilih untuk fasa quan |
Ulasan Bab 8-Writing and Evaluating Mixed Methods Research
- - Dalam bab ini memberi panduan kepada pembaca bagaimana untuk menulis proposal tesis/disertasi bagi kaedah gabungan
- -Panduan umum untuk menulis bagi kaedah gabungan:
a) Pemilihan reka bentuk hendaklah mengambil kira jenis reka bentuk yang boleh diterima oleh responden yang dipilih
b) Penulisan kaedah gabungan dapat membantu pembaca tentang bentuk kajian yang dijalankan
c) Untuk membantu pembaca memahami tentang kaedah gabungan, alat tertentu seperti modelprosedur secara visual, langkah yang digunakan oleh pengkaji dalam mereka komponen prosedur seperti penyataan masalah
d) Mengambil kira sudut yang sesuai dengan reka bentuk kaedah gabungan yang digunakan seperti personality
Ulasan Bab 9-Questions Often Raised About Mixed Methods Research
- - Antara persoalan yang sering timbul mengenai kajian kaedah gabungan ialah:
a) Apa itu kajian kaedah gabunagn?
b) Adakah kaedah gabungan ini diterima ramai?
c) Adakah kaedah gabungan nyata?
- - Kaedah gabungan dapat lebih mudah difahami sekiranya pengkaji membuat bacaan artikel jurnal, ulasan metodologi artikel, dan mengkaji literature kaedah gabungan yang lain
Ulasan Bab 10- Future Directions for Mixed Methods Research
- - Terdapat beberapa topik untuk kajian lanjutan, antaranya ialah:
a) Prosedur persampelan
b) Prosedur gabungan data
c) Keperluan perisian
d) Pandangan tentang kajian kaedah gabungan
e) Isu kesahan
f) Aplikasi kajian kaedah gabungan
g) Nilai tambah kaedah gabungan
Subscribe to:
Comments (Atom)