Saturday, October 2, 2010

KAJIAN KUANTITATIF



PERKARA
ARTIKEL 1
ARTIKEL 2
ARTIKEL 3
TAJUK


Learning styles and formative assessment
strategy: enhancing student achievement in Web-based learning

From strategic planning to meaningful learning: diverse perspectives on the development of web-based teaching and
learning in higher education

The Impact of Student Learning Styles with Web-based Learning or Instructor-based Learning on Student Knowledge and Satisfaction
SUMBER


K.H.  Wang, T.H.  Wang & S.C.  Huang.  2006.  Learning styles and formative assessment strategy: enhancing student achievement in Web-based learning.  Journal of Computer Assisted Learning 22, pp207–217

E. Lofstrom & A. Nevgi.  From strategic planning to meaningful learning: diverse perspectives on the development of web-based teaching and learning in higher education.  2007.  British Journal of Educational Technology.  Vol 38(2), 312-324

N. Manochehri & J.I. Young.  2006.  The Quarterly Review of Distance Education, Volume 7(3), pp. 313–316
JENIS REKA BENTUK KAJIAN

Eksperimen Kuasi
Kajian Tinjauan
Kajian Tinjaun
PENGENALAN


-Kepesatan dunia teknologi maklumat yang semakin membangun pada hari ini menyebabkan pembelajaran berlandaskan web semakin berkembang. 
-Namun, cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan penggunaan web dalam pembelajaran ialah membangunkan pembelajaran berlandaskan web yang dapat memenuhi kepelbagaian pelajar hari ini.
-Kajian sebelum ini telah menunjukkan bahawa pembelajaran pelajar dipengaruhi oleh pelbagai factor seperti umur, jantina, ekonomi status dan sebagainya.
-Tetapi kajian baru-baru ini pula menunjukkan kepelbagaian yang disebabkan oleh minat, sikap, motivasi, pengalaman pembelajaran, gaya pembelajaran.
-Gaya belajar diambik kira sebagai salah satu factor yang mempengaruhi e-pembelajaran (Ford & Chen 2000)

-Kajian mengenai kualiti pengajian tinggi secara atas talian telah banyak dikaji sebelum ini (Fallows & Bhanot, 2005a; Parker, 2004)
-Pembelajaran secara atas talian telah merubah aktiviti pengajaran dan kaedah pengajaran yang perlu diambil kira dalam strategi pengajaran di institusi pengajian tinggi (Bates, 2000)
-Pengajaran adalah tugasan yang berat tetapi peranan dalam pengajaran berubah selari dengan perkembangan pembelajaran secara atas talian
-Dalam meyokong pembelajaran secara atas talian, persekitaran pembelajaran menggunakan web perlulah mengandungi alat yang sesuai untuk mereka bentuk, tindakan, dan penilaian pembelajaran/pengajaran bagi individu dan berkumpulan
-Pengajaran berasakan web memberi peluang untuk menggabungkan kandungan teori dengan kemudahan multimedia, animasi, dan simulasi dengan kepelbagaian objektif pembelajaran (Laurillard, 2002)

-Menurut Hiltz (1993), kesan ke atas pembelajaran haruslah ditentukan dalam mengkaji mengenai medum komunikasi untuk penyampaian pengajaran
-Pembelajaran berasaskan web didefinisikan sebagai arahan pembelajaran individu secara terbuka (internet) atau peribadi (intranet)
TUJUAN & OBJEKTIF


-Untuk menyiasat/mengkaji kesan penilaian formatif dan gaya belajar ke atas pencapaian pembelajaran menggunakan web

-Pemboleh ubah tidak bersandar : Penilaian formatif dan Kolb’s Learning Style Instrumen
-Pemboleh ubah bersandar: pencapaian pembelajaran

-Untuk meningkatkan kualiti kesedaran, menguatkan rangkaian antara guru dan kakitangan sokongan, mengenalpasti amalan yang sesuai dalam penggunaan ICT
-Untuk membandingkan kesan gaya belajar pelajar dalam pembelajaran berasaskan web dengan pembelajaran secara tradisional terhadap pengetahuan dan kepuasan hati

-Pemboleh ubah tidak bersandar: kaedah pengajaran dan gaya belajar
-Pemboleh ubah bersandar : pengetahuan pelajar dan kepuasan hati pelajar

-Menggunakan instrument Kolb Learning Style Invemtory (LSI) untuk mengukur gaya belajar pelajar
RESPONDEN


-462 orang pelajar gred 7 dari 12 buah kelas dari 6 buah sekolah tinggi junior dalam 5 buah daerah di kawasan Tengah Taiwan
-76 orang dekan yang mewakili 11 buah fakulti di University of Helsinki (menjawab soalan mengenai pelan strategi dan pelaksanaan ICT di fakulti masing-masing)
-45 orang kumpulan sokongan (menjawab soalan mengenai kemudahan

 ICT yang disediakan untuk pengajaran)
-70 orang guru (penggunaan ICT dalam pengajaran)
-144 orang pelajar

-90 orang pelajar prasiswazah di university Texas
-2 orang tenaga pengajar (1 orang mengajar menggunakan web, 1 orang

mengajar secara tradisional)
PENGUMPULAN DATA


-Menggunakan Kolb’s Learning Style Instrument untuk menentukan kecenderungan gaya belajar responden (Diverger, Assimilator, Accommodator, Converger)

-Alat untuk mengukur pencapaian pembelajaran menggunakan 2 jenis ujian iaitu :
  i) Penilaian Formatif- berdasarkan nisbah kandungan kursus (mengandungi 6 strategi seperti repeat the test, provide
with no answer, query score, ask questions, monitor answering history dan all pass and then
reward

 ii) Penilaian Sumatif – berdasarkan dirangka berdasarkan keseluruhan kursus
(responden menjawab ujian menggunakan komputer sebagai medium)

-Data dianalisis menggunakan perisian SPSS PC 10.0 (Versi China)

-Menggunakan 4 set soalan tinjauan yang mengandungi soalan terbuka, tertutup, pilihan jawapan yang diedarkan kepada 4 kumpulan responden (dekan fakulti, kakitangan sokongan, guru, dan pelajar)
-Data dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 10.0
-Dianalisis secara varians 2 hala (ANOVA)
DAPATAN KAJIAN


-Dapatan menunjukkan majority responden mempunyai gaya belajar Accomodator (33.2%), diikuti oleh Converger (26.8%), Assimilator (25.5%), Diverger (14.5%)

-Terdapat hubungan yang signifikan ke atas strategi penilaian formatif dan gaya belajar ke atas pencapaian pelajar. Namun tidak terdapat interaksi yang signifikan antara strategi penilaian formatif dan gaya belajar ke atas pencapaian pelajar

-55% dari semua responden menyatakan bahawa pembiayaan asas university telah diserahkan untuk perbelanjaan pembangunan ICT
-82% dari responden menyatakan pembangunan kemahiran ICT telah diambil kira dalam pelan sumber manusia di institusi
-77% merasakan bahawa guru telah menghadiri latihan penggunaan ICT atas inisiatif mereka sendiri
-26% dari responden kumpulan sokongan menyatakan bahawa kursus web adalah kursus yang wajib diambil bagi kebanyakan kursus

-Gaya belajar pelajar signifikan secara statistic untuk pengetahuan apabila dibandingkan format pengajaran berasaskan web dengan format pengajaran secara tradisional
-Berdasarkan analisis Anova, tidak terdapat interaksi yang signifikan antara gaya belajar dan metodologi pengajaran
-Analisis Anova juga menyatakan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pengetahuan pelajar dengan gaya belajar
-Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kepuasan hati pelajar dengan gaya belajar tetapi terdapat perbezaan yang signifikan dalam kepuasan hati dengan metodologi pengajaran

PERBINCANGAN
-Pengkaji menyatakan bahawa hasil kajian mereka menunjukkan bahawa penilaian formatif dan gaya belajar mempengaruhi pencapaian pelajar dalam pembelajaran berlandaskan web dan mereka mencadangkan agar strategi penilaian formatif dan gaya belajar perlu diambil kira dalam reka bentuk pembelajaran berorientasikan web
-Berdasarkan dapatan kajian ini juga menunjukkan dengan jelas bahawa pembangunan reka bentuk strategi e-pembelajaran boleh dijayakan sekiranya pengkaji teknologi pendidikan boleh mendapat maklumat yang jelas mengenai gaya pengajaran yang luas.

-Terdapat beberapa jabatan yang inginkan agar pendekatan holistic diterapkan dalam penggunaan ICT dalam usaha untuk menyatukan pelan strategi, pelaksanaan, penilaian, dan pembangunan secara bersama

-Komitmen dari pelbagai pihak penting untuk mengekalkan tahap pedagogi dan sokongan teknikal yang tinggi
-Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji merumuskan bahawa terdapat perkaiatan yang jelas antara gaya belajar dengan pretasi pengetahuan pelajar
-Dalam kelas secara tradisional, gaya belajar mungkin tidak terlalu relevan tetapi dalam kelas berasaskan web gaya belajar pelajar perlu dititik beratkan
-Dapatan juga menunjukkan responden lebih memilih pengajaran secara tradisional berbanding berasaskan web, ini mungkin kerana mereka masih takut untuk mengalami perubahan untuk belajar menggunakan computer dan teknologi sebagai medium perantaraan


No comments:

Post a Comment