Sumber : J. Williams & S.J. Chinn. 2009. Using Web 2.0 to Support the Active Learning Experience. Journal of Information Systems Education, Vol. 20 (2)
Pengajaran dalam kelas secara tradisional menghadapi masalah dalam memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai. Saya bersetuju dengan kenyataan pengkaji kerana kepelbagaian pelajar bukan sahaja dari segi gaya belajar yang pelbagai, namun cara dan kaedah mereka memproses maklumat yang diberi juga pelbagai. Tujuan kajian ini ialah untuk mengatasi cabaran ini melalui pembangunan dan pelaksanaan pengalaman pembelajaran secara aktif yang meningkatkan literasi maklumat teknologi pelajar perniagaan melalui penggunaan web 2.0. Saya merasakan tujuan kajian yang dijalankan sangat membantu guru-guru dalam merangka pedagogi pengajaran mereka namun tujuan kajian ini tidak disokong dengan objektif kajian yang jelas. Kajian ini juga diperkuatkan dengan literatur yang jelas yang mana menjelaskan tentang pembelajaran secara aktif. Pengkaji menyatakan ciri-ciri umum yang berkaitan dengan pembelajaran aktif termasuk dalam penggunaan pemikiran aras tinggi dan melibatkan penglibatan pelajar dalam kegiatan yang mendorong eksplorasi dan penilaian penglibatan mereka. Penekanan pada pembangunan kemahiran dan penggunaan maklum balas wujud bagi menggantikan pembelajaran yang berkaitan dengan penghantaran maklumat.
Dalam kajian ini menggunakan pendekatan kajian kes bagi menganalisis secara mendalam berkenaan projek pembangunan dan pelaksanaan serta reka bentuk bagi mewujudkan kefahaman yang luas mengenai penggunaan web 2.0 dalam menyokong pembelajaran aktif. Pengkaji turut menjelaskan tentang pemilihan subjek kajian mereka yang melibatkan seramai lebih kurang 10, 000 pelajar termasuk 800 orang pelajar dari Fakulti Perniagaan. Pada pandangan saya pemilihan subjek kajian yang ramai ini dapat mengukuhkan lagi dapatan kajian kerana dari responden yang ramai dapat melihat pelbagai faktor-faktor pengaruh dalam kajian ini. Pengkaji juga menjelaskan tentang alat ukuran yang digunakan dalam kajian ini.
Tujuan kajian ini dapat meningkatkan penglibatan pelajar sebagai pelajar aktif untuk meningkatkantahap literasi dalam penggunaan web 2.0. Penilaian inidividu dan pasukan dalam kajian ini menunjukkan kedua-dua tujuan penilaian dapat dipenuhi.
No comments:
Post a Comment