Tajuk : Designing and Conducting Mixed Methods Research
Pengarang : John W. Creswell & Vicki L. Plano Clark
Tahun : 2007
Kandungan : Buku keluaran SAGE Publications mengandungi 275 muka surat.
i) Buku ini berkaitan tentang kajian gabungan antara kajian jenis Kunatitatif dan kajian jenis Kualitatif yang mana digabungkan penggunaannya dalam satu kajian yang sama.
ii) Buku ini bertujuan untuk memperkenalkan pada kajian kaedah gabungan, membincangkan tentang langkah-langkah yang terlibat dalam merangka dan menjalankan kajian menggunakan kaedah gabungan , dan fokus pada 4 jenis reka bentuk kajian kaedah gabungan.
iii) Target pembaca buku ini ialah pelajar siswazah da para penyelidik dari pelbagai disiplin/bidang.
iv) Terdapat 10 Bab dalam buku ini iaitu :
BAB 1- Understanding Mixed Methods Research
BAB 2- Examining Preliminary Considerations
BAB 3- Locating and Reviewing Mixed Methods Studies
BAB 4- Choosing a Mixed Methods Design
BAB 5- Introducing a Mixed Methods Study
BAB 6- Collecting Data in Mixed Methods Research
BAB 7- Analyzing Data in Mixed Methods Research
BAB 8- Writing and Evaluating Mixed Methods Research
BAB 9- Questions Often Raised About Mixed Methods Research
BAB 10- Future Directions for Mixed Methods Research
BAB 1- Understanding Mixed Methods Research
BAB 2- Examining Preliminary Considerations
BAB 3- Locating and Reviewing Mixed Methods Studies
BAB 4- Choosing a Mixed Methods Design
BAB 5- Introducing a Mixed Methods Study
BAB 6- Collecting Data in Mixed Methods Research
BAB 7- Analyzing Data in Mixed Methods Research
BAB 8- Writing and Evaluating Mixed Methods Research
BAB 9- Questions Often Raised About Mixed Methods Research
BAB 10- Future Directions for Mixed Methods Research
Ulasan Bab 1- Understanding Mixed Methods Research
- Kajian kaedah gabungan ialah reka bentuk kajian yang mempunyai kaedah dan metodologi yang tersendiri.
- Dalam metodologi kaedah gabungan melibatkan pengumpulan, analisis, dan proses gabungan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dalam kebanyakan fasa kajian dari permulaan hingga ke kesimpulan
- Dalam kaedah pula tertumpu pada pengumpulan, analisis, dan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif dalam kajian tunggal atau kajian bersiri
- Kaedah gabungan membantu para pengkaji dalam menjawab persoalan kajian yang tidak dapat diselesaikan dengan pendekatan kuantitatif atau kualitatif secara sendirian
- Kaedah gabungan berkembang dalam 4 fasa iaitu fasa formatif, debat paradigm, tempoh prosedur, dan kemunculan minat dan perhatian yang baru
- Pengkaji yang ingin menggunakan kaedah kajian gabungan hendaklah mengambil kira pandangan atau falsafah yang mendasari kajian keadha gabungan mereka
- Terdapat 3 perkara utama yang perlu didahulukan dalam kaedah kajian gabungan iaitu:
a) Terdapat pandangan yang baik dalam mengaplikasikan kaedah gabungan dalam kajian yang ingin dijalankan
b) Pengkaji dapat mengumpulkan sebanyak mungkin pandangan mengenai kaedah gabungan, dan
c) Pandangan-pandangan tersebut dan jenis reka bentuk kaedah gabungan berkait rapat
- Pengkaji hendaklah membuat rujukan asas mengenai pendekatan kualitatif dan kuantitatif
- Seterusnya pengkaji hendaklah mengambil kira sama ada permasalahan kajian sesuai dengan pendekatan kaedah gabungan atau pun tidak
- Kaedah gabunagn boleh didapati dalam literature dan dikenal pasti dalam definisi kajian kaedah gabungan
- Kaedah gabungan mempunyai cirri-ciri yang tersendiri antaranya ialah pada tajuk kajian, tujuan kajian, mengenal pasti kaedah pengumpulan data bagi pendekatan kualitatif dan kuantitatif, prosedur analisis data, dan mengenal pasti bagaimana 2 pendekatan ini digabungkan
- Kesukaran dalam kaedah gabungan boleh dipermudahkan dengan membuat system notasi dan gambar rajah yang dilukis menggunakan langkah sistematik
Ulasan Bab 4- Choosing a Mixed Methods Design
- Terdapat 4 jenis reka bentuk kaedah gabungan iaitu:
a) Triangulasi
b) Embedded
c) Explanatory-jelas
d) Exploratory
| Jenis Reka Bentuk | Variasi | Pemilihan masa | Pemberatan | Gabungan | Notasi |
| Triangulasi | -Convergence -Pertukaran data -Mengesahkan data kuantitatif -Multilevel | -Gabungan; kualitatif dan kuantitatif pada waktu yang sama | -Selalunya sama | -Menggabungkan data semasa analisis | -QUAN + QUAL |
| Embedded | -Eksperimen Embedded -Korelasi Embedded | -Gabungan atau berturut-turut | -Tidak sama | -Memasukkan satu jenis data di antara reka bentuk yang besar menggunakan data jenis yang lain | -QUAN(qual) Or QUAL(quan) |
| Explanatory | -Penjelasan lanjut -Penyertaan terpilih | -Berturut-turut: Kuantitatif diikuti oleh kualitatif | -Kuantitatif | -Menghubungkan data di antara2 fasa | |
| Exploratory | -Pembangunan instrument -Pembangunan Taxonomy | Berturut-turut: kualitatif diikuti oleh kuantitatif | Kualitatif | -Menghubungkan data di antara 2 fasa | |
Ulasan Bab 5-Introducing a Mixed Methods Study
- - Kaedah gabungan dimulakan dengan tajuk yang terdapat perkataan mixed methods kaedah gabungan (bergantung pada pemberatan samada kuantitatif/kualitatif/sama berat)
- - Pengkaji haruslah memulakan kajian gabungan dengan topik/tajuk kajian, permasalahan kajian, tinjauan literatur, kekurangan/jurang , persoalan kajian dan hipotesis dapat menjelaskan tujuan kajian
Ulasan Bab 6- Collecting Data in Mixed Methods Research
- -Pengumpulan data kuantitatif dan kualitatifmelibatkan proses persampelan, kebenaran dari pihak berwajib, pemilihan jenis data, memilih bentuk/kaedah untuk memasukkan data, dan mentadbir pengumpulan data
- -Dalam reka bentuk concurrent (Embedded, Triangulasi), data kualitatif dan kuantitatif dikutip pada masa yang sama tetapi tidak bergantung pada satu sama lain
- -Dalam pengumpulan data secara berturut-turut (Explanatory, Exploratory, Embedded), 2 jenis data (kualitatif dan kuantitatif atau sebaliknya)
Ulasan Bab 7-Analyzing Data in Mixed Methods Research
-
-Turutan bagi reka bentuk Embedded dan Explanatory:
| Langkah 1-Asingkan data analisis QUAN |
| Langkah 2-Kenalpasti keputusan QUAN yang ingin digunakan |
| Langkah 3-Aplikasi keputusan QUAN yang telah dipilih untuk fasa qual |
- -Turutan bagi reka bentuk Embedded dan Exploratory:
| Langkah 1-Asingkan analisis data QUAL |
| Langkah 2-Kenal pasti keputusan QUAL yang ingin digunakan |
| Langkah 3-Aplikasi keputusan QUAL yang dipilih untuk fasa quan |
Ulasan Bab 8-Writing and Evaluating Mixed Methods Research
- - Dalam bab ini memberi panduan kepada pembaca bagaimana untuk menulis proposal tesis/disertasi bagi kaedah gabungan
- -Panduan umum untuk menulis bagi kaedah gabungan:
a) Pemilihan reka bentuk hendaklah mengambil kira jenis reka bentuk yang boleh diterima oleh responden yang dipilih
b) Penulisan kaedah gabungan dapat membantu pembaca tentang bentuk kajian yang dijalankan
c) Untuk membantu pembaca memahami tentang kaedah gabungan, alat tertentu seperti modelprosedur secara visual, langkah yang digunakan oleh pengkaji dalam mereka komponen prosedur seperti penyataan masalah
d) Mengambil kira sudut yang sesuai dengan reka bentuk kaedah gabungan yang digunakan seperti personality
Ulasan Bab 9-Questions Often Raised About Mixed Methods Research
- - Antara persoalan yang sering timbul mengenai kajian kaedah gabungan ialah:
a) Apa itu kajian kaedah gabunagn?
b) Adakah kaedah gabungan ini diterima ramai?
c) Adakah kaedah gabungan nyata?
- - Kaedah gabungan dapat lebih mudah difahami sekiranya pengkaji membuat bacaan artikel jurnal, ulasan metodologi artikel, dan mengkaji literature kaedah gabungan yang lain
Ulasan Bab 10- Future Directions for Mixed Methods Research
- - Terdapat beberapa topik untuk kajian lanjutan, antaranya ialah:
a) Prosedur persampelan
b) Prosedur gabungan data
c) Keperluan perisian
d) Pandangan tentang kajian kaedah gabungan
e) Isu kesahan
f) Aplikasi kajian kaedah gabungan
g) Nilai tambah kaedah gabungan
No comments:
Post a Comment